Emm,semalam overnite lagi di store,membantu seorang rakan perjuangan yang sekarang ni dalam usaha menempuh dan melalui tekanan.Banyak tekanan dan dugaan yang dilalui terutama dalam organisasi yang kompleks dan KPI menjadi ukuran.Berhadapan dengan tekanan bukan suatu perkara yang mudah.Macam kata ex-boss aku dulu untuk berjaya menghadapi tekanan perlu melalui pengalaman,mungkin perlu menangis,jatuh,bangun,susah senang.Ilmu dan kemahiran boleh diajar tapi untuk dapatkan pengalaman dan berdepan dengan masalah dan tekanan kita perlu berdepan sendiri dan merasainya sendiri.Pengalaman tidak boleh dipelajari dari buku atau mana-mana universiti.Benarlah kata orang dulu,pengalaman mematangkan dan mendewasakan.Aku juga kini sedikit sebanyak dalam usia menjangkau 30-an semakin matang dan berpengalaman menghadapi tekanan mahupun masalah.Segalanya perlu bermula dengan hati yang tenang dan yakin.Minta petunjuk dariNya dan belajar dari pengalaman."Allah tidak akan menduga hambaNya melainkan dengan ujian-ujian yang mampu ditanggung oleh hambaNya".Layakkah kita bergelar hambaNya sekiranya langsung tidak mahu menerima dugaan dan cabaran yang diberi oleh Nya.
Bagi organisasi perniagaan pencapaian akan diukur melalui sejauh mana keuntungan atau kerugian yang dialami oleh syarikat dalam satu tahun kewangan.Jadi untuk perniagaan peruncitan perkiraan stok atau stock take selain dari perbelanjaan operasi dan pengurusan adalah cerminan sejauh mana pencapaian organisasi kami.Persediaannya memakan masa bagi menjamin perjalanan dan persediaan untuk "HARI BESAR" itu dapat memberikan keputusan yang terbaik dan paling minimal kerugian atau shrinkage.Tekanan untuk mengoptimasikan sumber dan masa tak payah la cerita.Ditambah pula dengan rutin seharian dan kestabilan emosi.Masing-masing memikirkan yang terbaik.pengorbanan masa cuti,keluarga dan wang ringgit lagi,tanpa kekuatan emosi,spiritual dan fizikal belum tentu keberjayaan hari besar ini.

KOMEN:-
Best of luck kawan-kawanku,begitulah perjuangan hidup dugaan tak pernah henti,perjuangan juga tak pernah habis,kita adalah penentu ke mana dan di mana diri kita akan berada.Pilihlah untuk kebaikan sentiasa walaupun di sebalik diri kita pasti ada "dark side":-@
Emm,sudah seminggu jua kiraan hari bagi 2010 berlalu,baru kini aku dapat mencoretkan di dada e-diariku.Macam-macam berlaku dalam jangka waktu yang singkat ini.Dan aku memutuskan hari bersejarahku ditunda sebagai menghormati permintaan "dia".Aku tau kesukaran dia dan Insyaallah akanku cuba untuk terus berdiplomasi dengannya.Tunggu aku akan mencatat setiap detik menuju hari yang bersejarah itu.Hari ini aku sebagaimana biasa bila hari cuti menonton episod sinetron Tasbih Cinta dan Telenovela Lalola.Sengaja cuba melepaskan regangan masalah kerja dan seharian,menatapi kehidupan walaupun lakonan semata-mata.Alangkah seronok kiranya hidup seindah lakonan tapi kita pun manusia berlakon dengan watak-watak kita sementara hayat masih dikandung badan.Jikalau lakonan diarahkan oleh pengarah dan diterbitkan oleh seorang penerbit.Tapi lakonan kita??Pengarah adalah diri kita sendiri,Allah menerbitkan kita dari tanah yang hina dan ditiupkan roh untuk menjadi khalifah pemakmur muka bumi.Allah memberi peluang untuk kita menghirup udara setiap saat,menikmati rezeki yang dikurniakan-NYA setiap ketika.Tapi kita termasuk aku sekali selalu terlupa memanjatkan kesyukuran dan rasa terima kasih pada setiap saat sebagaimana setiap saat udara yang ku sedut.
Setiap kejahatan dan kebaikan yang kita lakukan adalah atas kejahilan sendiri mengapa harus kita menyalahkan orang lain.Kita sering mempunyai dua pilihan melakukan atau tidak melakukan.Tidak pernah kita diberikan kesempatan mendapatkan kedua-duanya.Setiap perbuatan dan pilihan kita,kitalah penentunya.Dan setiapnya juga kita diberikan ganjarannya samada kebaikan atau keburukan.Terima kasih TUHAN,Kau masih terus memberiku peluang walaupun selalunya aku yang tersalah membuat pilihan.Kau masih memberikan kesempatan untuk aku menghirup udara dan mencicip rezeki walaupun berkali-kali aku sering MELUPAKAN MU...Ampunilah aku

Komen:-
Seharian kita menjalani kehidupan kita adalah insan yang sering terlupa.Itu memang fitrah tapi tak bermakna kita harus lupa selama-lamanya.Ucapkanlah SUBHANALLAH...