Assalamualaikum wbh.
Emm...aku seorang yang degil di samping suka bercita-cita.Bukan senang untuk mencapai impian tapi juga bukan sukar untuk dicapai.THINK AND GROW RICH...buku karya Napoleon Hill.Keinginan dan cita-cita perlu digambarkan dengan jelas,divisualisasikan setiap hari dan ditulis.Target atau sasaran yg diletakkan perlu jelas,kekuatan spritual dan minda penting oleh itu agama adalah saluran yg terbaik.Salahkah untuk jadi kaya??Tentunya tidak sekiranya kita yg menguruskan kekayaan tetapi adalah salah apabila kekayaan memonopoli kita,menyebabkan kita tidak betah menguruskannya lagi.Maka kita adalah hamba KEKAYAAN yg kencundang.Lantaran 2009 dan 2010 merupakan platform yg terbaik untuk aku mencari dan mengumpulkan kekayaan.Dengan kekayaan aku boleh membantu diri,keluarga,bangsa dan agamaku untuk terus meraih kekuatan dan ehsan ALLAH SWT.Semoga aku dikuatkan dan dicekalkan hati untuk terus berbakti,INSYA'ALLAH.Buat masa ini aku masih meneruskan kerjaya tetapku sebagai seorang eksekutif di syarikat peruncitan dan pada yg sama aku berniaga secara kecil-kecilan.Insyaallah 9/10 dari rezeki datangnya dari bidang perniagaan dan perniagaan adalah suatu ibadah dan sunnah.Best of wishes and lucks eida..;-)
p/s:Kengkawan sume please pray for me yeaa...!!:-)
Salam,

emm...lama gak rasanya x sempat update blog diari ku ini...mungkin ketandusan bahan dan aku lebih menumpukan kepada facebook ku...Insyaallah mulai saat nie aku akan menulis sekurang-kurangnya satu entry sehari...sekadar berkongsi rasa dan aktiviti.Serta berkongsi ilmu yg ku terbaca atau pelajari.

Nama yg baik dan sedap dipanggil adalah penting.De org kata nama itu akan mempengaruhi sikap dan peribadi seseorg...betul kah??De gak nama yg ku jumpa seperti aminah,amin tapi sifat terpuji tak de pun...de gak aku jumpa amin yg cukup baik mcm rakan sekerjaku...tp byk benda yg boleh mempengaruhi perwatakan individu bukan sekadar nama.Tapi nama tu penting sebab nama itulah yg dipanggil semasa di akhirat kelak.Bayangkan nama yg bermaksud keburukan seperti hawiah etc...bukankah naya anak tu nanti.Pesanan kepada ibu bapa berikanlah nama yg baik dan indah-indah,Insyaallah apabila selalu dipanggil dengan nama dan gelaran yg baik-baik itu menjadi satu doa atau sebati dengan jiwa anak-anak.

Aku tertarik dengan nama Syifa',ain nur,safiyyah,sufiyyah dan wardina...utk perempuan,utk lelaki suka betul ngan nama lutfi,shafie,zulkarnain...hikmat hakimi,lukmanul hakim..hehehhe rasa mcm nak anak ramai-ramai lak jadi boleh pakai semua nama nie.
Emm,semalam overnite lagi di store,membantu seorang rakan perjuangan yang sekarang ni dalam usaha menempuh dan melalui tekanan.Banyak tekanan dan dugaan yang dilalui terutama dalam organisasi yang kompleks dan KPI menjadi ukuran.Berhadapan dengan tekanan bukan suatu perkara yang mudah.Macam kata ex-boss aku dulu untuk berjaya menghadapi tekanan perlu melalui pengalaman,mungkin perlu menangis,jatuh,bangun,susah senang.Ilmu dan kemahiran boleh diajar tapi untuk dapatkan pengalaman dan berdepan dengan masalah dan tekanan kita perlu berdepan sendiri dan merasainya sendiri.Pengalaman tidak boleh dipelajari dari buku atau mana-mana universiti.Benarlah kata orang dulu,pengalaman mematangkan dan mendewasakan.Aku juga kini sedikit sebanyak dalam usia menjangkau 30-an semakin matang dan berpengalaman menghadapi tekanan mahupun masalah.Segalanya perlu bermula dengan hati yang tenang dan yakin.Minta petunjuk dariNya dan belajar dari pengalaman."Allah tidak akan menduga hambaNya melainkan dengan ujian-ujian yang mampu ditanggung oleh hambaNya".Layakkah kita bergelar hambaNya sekiranya langsung tidak mahu menerima dugaan dan cabaran yang diberi oleh Nya.
Bagi organisasi perniagaan pencapaian akan diukur melalui sejauh mana keuntungan atau kerugian yang dialami oleh syarikat dalam satu tahun kewangan.Jadi untuk perniagaan peruncitan perkiraan stok atau stock take selain dari perbelanjaan operasi dan pengurusan adalah cerminan sejauh mana pencapaian organisasi kami.Persediaannya memakan masa bagi menjamin perjalanan dan persediaan untuk "HARI BESAR" itu dapat memberikan keputusan yang terbaik dan paling minimal kerugian atau shrinkage.Tekanan untuk mengoptimasikan sumber dan masa tak payah la cerita.Ditambah pula dengan rutin seharian dan kestabilan emosi.Masing-masing memikirkan yang terbaik.pengorbanan masa cuti,keluarga dan wang ringgit lagi,tanpa kekuatan emosi,spiritual dan fizikal belum tentu keberjayaan hari besar ini.

KOMEN:-
Best of luck kawan-kawanku,begitulah perjuangan hidup dugaan tak pernah henti,perjuangan juga tak pernah habis,kita adalah penentu ke mana dan di mana diri kita akan berada.Pilihlah untuk kebaikan sentiasa walaupun di sebalik diri kita pasti ada "dark side":-@
Emm,sudah seminggu jua kiraan hari bagi 2010 berlalu,baru kini aku dapat mencoretkan di dada e-diariku.Macam-macam berlaku dalam jangka waktu yang singkat ini.Dan aku memutuskan hari bersejarahku ditunda sebagai menghormati permintaan "dia".Aku tau kesukaran dia dan Insyaallah akanku cuba untuk terus berdiplomasi dengannya.Tunggu aku akan mencatat setiap detik menuju hari yang bersejarah itu.Hari ini aku sebagaimana biasa bila hari cuti menonton episod sinetron Tasbih Cinta dan Telenovela Lalola.Sengaja cuba melepaskan regangan masalah kerja dan seharian,menatapi kehidupan walaupun lakonan semata-mata.Alangkah seronok kiranya hidup seindah lakonan tapi kita pun manusia berlakon dengan watak-watak kita sementara hayat masih dikandung badan.Jikalau lakonan diarahkan oleh pengarah dan diterbitkan oleh seorang penerbit.Tapi lakonan kita??Pengarah adalah diri kita sendiri,Allah menerbitkan kita dari tanah yang hina dan ditiupkan roh untuk menjadi khalifah pemakmur muka bumi.Allah memberi peluang untuk kita menghirup udara setiap saat,menikmati rezeki yang dikurniakan-NYA setiap ketika.Tapi kita termasuk aku sekali selalu terlupa memanjatkan kesyukuran dan rasa terima kasih pada setiap saat sebagaimana setiap saat udara yang ku sedut.
Setiap kejahatan dan kebaikan yang kita lakukan adalah atas kejahilan sendiri mengapa harus kita menyalahkan orang lain.Kita sering mempunyai dua pilihan melakukan atau tidak melakukan.Tidak pernah kita diberikan kesempatan mendapatkan kedua-duanya.Setiap perbuatan dan pilihan kita,kitalah penentunya.Dan setiapnya juga kita diberikan ganjarannya samada kebaikan atau keburukan.Terima kasih TUHAN,Kau masih terus memberiku peluang walaupun selalunya aku yang tersalah membuat pilihan.Kau masih memberikan kesempatan untuk aku menghirup udara dan mencicip rezeki walaupun berkali-kali aku sering MELUPAKAN MU...Ampunilah aku

Komen:-
Seharian kita menjalani kehidupan kita adalah insan yang sering terlupa.Itu memang fitrah tapi tak bermakna kita harus lupa selama-lamanya.Ucapkanlah SUBHANALLAH...
Kurang dua jam lagi dari masa aku menarikan jemari menulis artikel ini,tirai 1 Januari 2010 bakal disingkap.Manakala jendela setahun 2009 ditutup kemas-kemas.Sedekad 2000 telah berlalu dan kini aku bakal mencecah 30 tahun.Sayangnya masih banyak yang aku tak capai walau setahun berlalu.Dari 17 resolusi yang aku gariskan dulu hanya 2 yg tercapai.Yang lain-lain masih terhutang sebab deadlinenya banyak yg pertengahan atau hujung 2010.Jadi bawak sajalah ke 2010.Doaku moga-moga Allah hindarkan aku dari hati yg berbolak-balik agar dapat terus tegar hati mencapai apa yg aku hajati,Insyaallah.Amin.
2010 juga bakal menyingkap peristiwa bersejarah dalam hidupku...TUNGGU...akan ku tulis setiap detiknya kalau menjadi kenyataan..INSYAALLAH...
1 JANUARI 2010,terkejut gak dengan berita penarikan ROTI PUTIH dari senarai barangan kawalan bersubsidi,kenaikan harga gula RM0.20 sekilo...serta musim persekolahan.Ini tentunya memberi impak terhadap perbelanjaan isi rumah serta kos pembuatan makanan dan minuman.Entahlah mungkin kerajaan ada alasan tersendiri,tapi aku salah seorang pembayar cukai sekadar mengeluarkan pendapat.Mungkin para ibu bapa telah mula resah,baru lepas isu kenaikan minyak,tambang bas dan teksi,rokok..:P emm...sabarlah para ibu bapa...kasihan gak mak abahku,Ada dua lagi adikku di sekolah rendah...mak abah lak dah tidak bekerja,mengharap anak-anak pun yg tak beberapa stabil lagi semoga ALLAH melapangkan segala kemungkinan rezeki di mana-mana.
Besok mula bekerja,MOD petang lak..:P...rasa malas lak..hish..hish...dah lupa ler tu baru pertukaran tahun..:P

Komen:-Tak semestinya setiap tahun baru kene azam baru,orang dan jiwanya kan tetap yg sama,matlamat biar sedikit,janji senang tercapai,ikut masa,bersifat spesifik,sentiasa dirujuk dan senang diukur pencapaiannya.SELAMAT TAHUN BARU SEMUA,semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah untuk kita terus berjihad di bumi ini,Insyaallah
Emm,beberapa hari tidak menulis...sibuk?ntah...mungkin tengah buntu..Hari pentingku kene tangguh lagi kali ke tiga.Mungkin tiada idea.Tapi blogku ini bukan mengutuk yer sekadar mengeluarkan pandangan serta komentar seputar apa yang berlaku di sekelilingku.Sejenak menatap Buletin Utama,kisah 3 orang pegawai imigresen 2 wanita di putrajaya dan 1 di Johor.Kedua-dua wanita menerima suapan dari firma yg sama.Deposit kereta RM18k,tiket penerbangan pergi balik ke Singapura dan set home theater.Di JB pulak,suapan RM2k.Bila difikir-fikirkan begitu murah yer harga diri kita,yang patut dimartabatkan setinggi-tingginya.Bukan dimalukan sebegini rupa sehingga nak tunjuk muka pun tak sanggup.Fikirkanlah,hasil yang kita dapat,untuk keperluan keluarga dan juga makan minum.Entahlah dalam hidup kita ni banyak sangat benda halal,haram,bidaah dan syubhah bercampur-campur.Aku sendiri pun mudah terkeliru.Niat dan tawakkal jer la.Pada masa yang sama kena la tambah-tambah ilmu yg cetek ni.Pada sesiapa rakan-rakan dan diriku sendiri hati-hatilah dalam kebaikan,dalam huluran bantuan kadang-kadang kita alpa ada jer yg menjerat.Benar gak pepatah orang dulu "BUAT BAIK BERPADA-PADA,BUAT JAHAT JANGAN SEKALI",kalau tak berjaga-jaga termasuk jerat nanti.

Komen:- Cuba la SPRM serbu balai polis,bomba,KPDN,Majlis Bandaraya/Daerah setiap kali musim perayaan.Mereka ni selalu dapat hamper ke hadiah.Cubalah cakap hamper RM100-RM200 tu utk apa??Takpun boleh siap datang premis ambil sendiri hamper.Hadiah ker??Bukan serkap jarang dari pengalaman sendiri dan pengalaman adik-beradik yang kerja dengan Supermarket/Hypermarket..:P Jangan marah yer tanya jer...heheheh
Emm,geram betul pagi ni.Telefon Maybank Hotline berkali-kali asyik sibuk dan voice mail.Pekerja tak cukup ker atau masih ramai yang bercuti hujung tahun??Atau ramai sangat pelanggan yang nak dilayan.Sekali dua boleh tahan lagi sampai abis sekali top up dan nak top up lagi untuk telefon lagi,tapi masalah tak selesai gak.Nasib-nasib,dugaan dan cabaran.

Komen:-
Sebagai seorang pekerja dari Perkhidmatan Pelanggan,aku terasa malu gak,maaf MBB bukan sengaja nak kutuk,syarikat besar dan mempunyai pengaruh dalam industri perbankan negara tapi tak mampu melayan seorang pelanggan daif macam aku ni..:P Atau sebenarnya kul 11.30pg memang masa makan kot...Aku kerugian masa,tenaga elektrik,tenaga aku dan top up semenjak 24hb hari tu hanya semata-mata nak berhubung dengan Maybank.