Kurang dua jam lagi dari masa aku menarikan jemari menulis artikel ini,tirai 1 Januari 2010 bakal disingkap.Manakala jendela setahun 2009 ditutup kemas-kemas.Sedekad 2000 telah berlalu dan kini aku bakal mencecah 30 tahun.Sayangnya masih banyak yang aku tak capai walau setahun berlalu.Dari 17 resolusi yang aku gariskan dulu hanya 2 yg tercapai.Yang lain-lain masih terhutang sebab deadlinenya banyak yg pertengahan atau hujung 2010.Jadi bawak sajalah ke 2010.Doaku moga-moga Allah hindarkan aku dari hati yg berbolak-balik agar dapat terus tegar hati mencapai apa yg aku hajati,Insyaallah.Amin.
2010 juga bakal menyingkap peristiwa bersejarah dalam hidupku...TUNGGU...akan ku tulis setiap detiknya kalau menjadi kenyataan..INSYAALLAH...
1 JANUARI 2010,terkejut gak dengan berita penarikan ROTI PUTIH dari senarai barangan kawalan bersubsidi,kenaikan harga gula RM0.20 sekilo...serta musim persekolahan.Ini tentunya memberi impak terhadap perbelanjaan isi rumah serta kos pembuatan makanan dan minuman.Entahlah mungkin kerajaan ada alasan tersendiri,tapi aku salah seorang pembayar cukai sekadar mengeluarkan pendapat.Mungkin para ibu bapa telah mula resah,baru lepas isu kenaikan minyak,tambang bas dan teksi,rokok..:P emm...sabarlah para ibu bapa...kasihan gak mak abahku,Ada dua lagi adikku di sekolah rendah...mak abah lak dah tidak bekerja,mengharap anak-anak pun yg tak beberapa stabil lagi semoga ALLAH melapangkan segala kemungkinan rezeki di mana-mana.
Besok mula bekerja,MOD petang lak..:P...rasa malas lak..hish..hish...dah lupa ler tu baru pertukaran tahun..:P

Komen:-Tak semestinya setiap tahun baru kene azam baru,orang dan jiwanya kan tetap yg sama,matlamat biar sedikit,janji senang tercapai,ikut masa,bersifat spesifik,sentiasa dirujuk dan senang diukur pencapaiannya.SELAMAT TAHUN BARU SEMUA,semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah untuk kita terus berjihad di bumi ini,Insyaallah
Emm,beberapa hari tidak menulis...sibuk?ntah...mungkin tengah buntu..Hari pentingku kene tangguh lagi kali ke tiga.Mungkin tiada idea.Tapi blogku ini bukan mengutuk yer sekadar mengeluarkan pandangan serta komentar seputar apa yang berlaku di sekelilingku.Sejenak menatap Buletin Utama,kisah 3 orang pegawai imigresen 2 wanita di putrajaya dan 1 di Johor.Kedua-dua wanita menerima suapan dari firma yg sama.Deposit kereta RM18k,tiket penerbangan pergi balik ke Singapura dan set home theater.Di JB pulak,suapan RM2k.Bila difikir-fikirkan begitu murah yer harga diri kita,yang patut dimartabatkan setinggi-tingginya.Bukan dimalukan sebegini rupa sehingga nak tunjuk muka pun tak sanggup.Fikirkanlah,hasil yang kita dapat,untuk keperluan keluarga dan juga makan minum.Entahlah dalam hidup kita ni banyak sangat benda halal,haram,bidaah dan syubhah bercampur-campur.Aku sendiri pun mudah terkeliru.Niat dan tawakkal jer la.Pada masa yang sama kena la tambah-tambah ilmu yg cetek ni.Pada sesiapa rakan-rakan dan diriku sendiri hati-hatilah dalam kebaikan,dalam huluran bantuan kadang-kadang kita alpa ada jer yg menjerat.Benar gak pepatah orang dulu "BUAT BAIK BERPADA-PADA,BUAT JAHAT JANGAN SEKALI",kalau tak berjaga-jaga termasuk jerat nanti.

Komen:- Cuba la SPRM serbu balai polis,bomba,KPDN,Majlis Bandaraya/Daerah setiap kali musim perayaan.Mereka ni selalu dapat hamper ke hadiah.Cubalah cakap hamper RM100-RM200 tu utk apa??Takpun boleh siap datang premis ambil sendiri hamper.Hadiah ker??Bukan serkap jarang dari pengalaman sendiri dan pengalaman adik-beradik yang kerja dengan Supermarket/Hypermarket..:P Jangan marah yer tanya jer...heheheh
Emm,geram betul pagi ni.Telefon Maybank Hotline berkali-kali asyik sibuk dan voice mail.Pekerja tak cukup ker atau masih ramai yang bercuti hujung tahun??Atau ramai sangat pelanggan yang nak dilayan.Sekali dua boleh tahan lagi sampai abis sekali top up dan nak top up lagi untuk telefon lagi,tapi masalah tak selesai gak.Nasib-nasib,dugaan dan cabaran.

Komen:-
Sebagai seorang pekerja dari Perkhidmatan Pelanggan,aku terasa malu gak,maaf MBB bukan sengaja nak kutuk,syarikat besar dan mempunyai pengaruh dalam industri perbankan negara tapi tak mampu melayan seorang pelanggan daif macam aku ni..:P Atau sebenarnya kul 11.30pg memang masa makan kot...Aku kerugian masa,tenaga elektrik,tenaga aku dan top up semenjak 24hb hari tu hanya semata-mata nak berhubung dengan Maybank.
Sekilas ketika melayari internet,sambil menonton kotak 4 segi itu,terpandang VT untuk iklan Sinetron di TV3 setiap 2.30ptg Isnin hingga Khamis-TASBIH CINTA,sebab musim cuti sekolah tayangan diubah ke pukul 2ptg.Asyik juga,menonton cowok dan cewek dari seberang.Seputar perjalanan hidup anak gadis bernama Bella yang asalnya anak orang kaya tapi terpinggir hidup dengan keluarga penjual satay.Aku masih lagi mengikut siri ini hendak tau bagaimana kesudahannya.Macam biasalah cerita dari seberang,panjang meleret2,tapi buat masa ni masih belum jemu macam sinetron-sinetron yang sebelumnya.Sedap tapi lama-lama meloyakan kerana terlalu banyak dan semakin meleret-leret cerita sampai nak termuntah.Apa yang menarik dalam setiap sinetron adalah elemen ketuhanan,kekuatan doa dan solat yang mana susah nak tengok dalam kebanyakan cerita-cerita melayu.Tapi yang tidak eloknya perkara-perkara lain seperti penutupan aurat,sosial lelaki perempuan.Tapi sekurang-kurangnya ada intipati ketuhanan itu yang menarik minatku.
Lagi satu novel "KETIKA CINTA BERTASBIH" karangan Habibur Rahman El-Shirazi malah telah difilemkan.Mengingatkan aku pada novel "AYAT-AYAT CINTA" tulisan pengarang yang sama juga telah diangkat ke layar perak.Cerita yang sarat dengan keislaman keteguhan keimanan anak lelaki -Khairul Azzam di bumi Mesir sejajar dengan pengalaman luas penulis ketika menuntut di Bumi Mesir.Tetiba teringat di manakah hilangnya novel AYAT-AYAT CINTAku,seingat ku yang terakhir dipinjam oleh ex-staffku...ahh halalkan sahaja memang bukan rezekiku.Ingat lagi kata seorang sahabat dan alongku kala aku membaca novel AYAT-AYAT CINTA,aku belajar dari bukukah pasal hendak mengayat..bila ku pinjamkan pada kedua-duanya,mengalir air mata membaca..hehehhe

Komen:-
Aku membandingkan kerangka cerita antara TASBIH CINTA dengan KETIKA CINTA BERTASBIH,kedua-duanya menitipkan unsur Islamiah,cuma bezanya satu lebih terbuka dan moden manakala satu lagi mengangkat martabat keislaman walaupun dalam dunia yang penuh ranjau.Fikir-fikirkan lah..:P
"Berbagai panduan telah diberikan untuk mengelakkan selsema babi antaranya; selalu basuh tangan, pakai penutup mulut dan hidung, jangan pergi tempat ramai orang berkumpul, jaga jarak (dua meter) dgn org sakit (selsema, batuk, bersin), minum air kelapa muda dll...Sebenarnya amalan keruhanian dalam Islam adalah perisai yang cukup kuat untuk mengelakkan wabak tersebut.

Wuduk lima kali sehari lebih dari sekadar basuh tangan. Dalam wuduk, kita diajar basuh tangan hingga kesiku, muka, kepala, telinga dan kaki hingga buku lali...

Solat dan zikir menguatkan hati dan jiwa... Bila hati dan jiwa kuat, maka tubuh akan kuat...

Sedekah mengelakkan mala petaka selain menyuburkan harta dan diri...

Solat jamaah (Jumaat dan lima waktu) tidak akan menyebabkan virus itu merebak walaupun kita berkumpul serta duduk berdiri dalam keadaan amat rapat (tidak sah solat jamaah jika sof tidak rapat)...

Baca al-Quran kerana itulah doa ("jampi mentera") yang paling hebat! Bukankah al-Quran itu kalimah2 Allah? Apakah ada kalimah lebih baik dari al-Quran?

Disamping semua itu... amalkan madu asli. Nabi s.a.w bersabda maksudnya "Sesiapa menjilat madu tiap pagi maka ia selamat dari racun dan sihir..."
-dipetik dari Blog Ustaz Dr.Badrol Amin Bahron

Komen:-
Emm,telah dilengkapi segala melalui Al-Quran dan Sunnah terang dan nyata.Bukan korang jer.aku pun sering lupa dan terlalai.H1N1 semua dengar gegar kepala lutut.Bukankah Islam itu asalnya "bersih" dan mengutamakan kebersihan.Kata-kata doktor pakar mana lagi kita nak ikut.Aku nie makin tua,patutnya makin banyak amal yang patut dibawa tapi makin lama makin tipis rasanya iman ini.Semoga Allah terus berikan kekuatan untuk aku berkongsi rezeki,ilmu,tenaga dan kekuatan.
16 Kategori Manusia Yang Tidak Dapat Menatap Wajah Allah

Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25

"Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan)berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat."

Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :

*1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu)
Allah berfirman* :
"Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikitdengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya"

*2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.
Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :
“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”
Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.

*3. Orang Tua yang Berzina*
Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

“Tiga orang yang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”
Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

*4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)*

*5. Orang miskin yang takabbur*

*6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.
Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut:
".. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya."

7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan*
Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda

”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua;
orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)

*8. Penderhaka Ibu Bapa*
Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:

“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii

*9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)
*10. Orang Lelaki yang Dayus
Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah.Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.

*11.Pengamal Budaya Kaum Luth*
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi

*12. Pengamal Seks Abnormal*
Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .

*13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya;
baik lelaki mahupun perempuan.*
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya (kerana-menunjuk- nunjukan kekayaan ).
Hadith di takhrijkan oleh Muslim

*14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh
“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”

*15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong*
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat…penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.

*16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami*
Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”

Komen:-
Seandainya aku pernah tergolong di antara golongan-golongan yang 16 ini,ku minta Keampunan dan maghfirah-MU,marilah kita sama-sama merenung dan muhasabah diri.Yang terjadi tetap akan terjadi,kita tidak pernah tau apa yang bakal terjadi.BERDOALAH dan BERTAWAKKAL hanya pada ALLAH.

Sedih,pilu mungkin itulah yang mengamit hati kita semua tentang kejadian yang menimpa 48 orang rakan kita.Kejadian pukul 1 pagi 26hb Disember 09, 10 penumpang bas dua tingkat Sani Express maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS) arah utara.Mereka yang terbunuh adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan isterinya Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jismi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua beradik Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya Sharifah Hasanah, 15, dari Sungai Petani, Kedah.Penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, 43, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.Antara yang menambahkan kesedihan ada mayat yang terputus kepalanya.Allahyarham Noor Jismi Noordin pula sepatutnya melangsungkan tali pertunangan hari ini.Salam takziah untuk semua.
Dan pagi ini aku dikejutkan lagi kisah kemalangan yang melibatkan van 6 sekeluarga rentung berhampiran dengan daerah kelahiranku.4 maut manakala anak bongsu dan isteri cedera parah.
Komen:-
Al-Fatihah dan takziah buat keluarga mangsa serta mangsa-mangsa kejadian.Pening juga nak fikir salah pemandukah,kerajaankah,kenderaankah atau jalan??Tapi secara afdalnya,setiap baik buruk hatta sedetik kita bernafas tidak berlaku tanpa izin Allah.Kita boleh merancang dan bersedia.Penghujungnya belum kita tau kesudahan.Tapi banyak kejadian yang berlaku pun atas kelalaian dan sikap manusia juga.Perhatikan saja di jalanan,jalan 3 lorong dah jadi 4-5 baris,lampu kuning sedia memecut,jalan dah sesak masih lagi cilok-cilok.Jadi fikir-fikirkan.Jangan marah yer..:P