Assalamualaikum wbh,

Telah lama tak sempat menulis dalam e-diari ku ini.Kesibukan dan kealpaan yang mengganggu gugah kelapangan menulis.


Oh ye ketika ini saya sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan saya.Sepanjang tempoh tersebut kami melalui pelbagai proses biokrasi dan melalui proses dan protokol membabitkan kerajaan,jabatan-jabatan dan sebagainya.Terasa agak sukarnya melayani tuntutan-tuntutan dan proses-proses mendapatkan kebenaran nikah dan sesekali lintasan jahat muncul di fikiran.Patut la ramai orang kini memilih untuk melakukan dosa atau berkahwin di sempadan dan sebagainya kerana malas nak melalui perkara-perkara sedemikian.Tetapi sebenarnya kesusahan-kesusahan ini adalah cabaran untuk bakal-bakal pengantin.Cuma sedikit halangan untuk menguji keikhlasan dan kesungguhan bakal pengantin samada sanggup mendaki gunung yg tinggi atau meredah onak duri dan lautan api...:P.Kehendak perundangan dan proses-prosesnya memastikan samada hak-hak bakal pengantin adalah dipatuhi.

Agak rumit tapi alhamdulillah segalanya seperti dirancang.Kepada bakal pengantin silalah fahami dan bertanya.Buat persediaan lebih awal dan jangan terburu-buru dalam membuat keputusan.

Jabatan-jabatan agama-mungkin boleh difikirkan langkah-langkah yg lebih ringkas dan mudah bagi membolehkan proses perkahwinan berjalan lancar dan menyelamatkan lebih ramai pasangan-pasangan dari berbuat maksiat :-P

0 comments:

Post a Comment