Salam,
Lamanye tak menulis di sini.Kengkangan waktu,bukan alasan utama tapi tiada idea yg ingin dituliskan mungkin juga emm...klu boleh aku mahu coretkan sesuatu yg memberi impak terhadap yg membaca...boleh menjadi panduan dan bahan utk difikirkan.Untuk apa menulis klu isinya kosongkan.
Aku mengambil ikhtibar dari persekitaran hari ini,membaca tentang hedonisme.Pernah dengar tak??Zaman aku sekolah dulu jarang-jarang dengar tapi makin lama makin banyak benda yg dipelajari dan difahami.Hedonisme antara lain dimaksudkan bahawa menjadikan keseronokan sebagai tunjang utama kehidupan. Keseronokan ini diputuskan sendiri oleh akal manusia samada konsep kesenangan dan harta dunia serta hiburan/artis-artis selebriti ikon yg keterlaluan. Hal ini sedikit sebanyak bertepatan dengan matlamat sekularisme yang mahu memastikan manusia bebas dari unsur ketuhanan. Selain itu, keseronokan yang diputuskan oleh individu boleh menyebabkan penentangan antara satu-sama lain. Sebagai contoh seorang individu menganggap membunuh adalah perkara yang menyeronokkan manakala seorang individu lain menganggap ia sesuatu perkara yang menakutkan. Jadi, secara jelas konsep pemikiran hedonisme tidak relevan digunakan dalam hal ini kerana boleh mewujudkan pertentangan pemikiran.
Kita hari ini tidak dapat lari dari unsur materialistik.Kita sentiasa sibuk ke sana-sini mengumpul harta kekayaan dan saya sendiri pun sudah pasti tidak dpt melarikan diri mencari dan mengumpul material serta kekayaan utk diri sendiri dan keluarga.Tidak dapat tidak sukar dan lama terperangkap dengan ideologi ini.
Remaja hari ni pun tidak boleh lari dari sogokan hiburan yg pelbagai sudut.Sehingga memuja ikon-ikon dengan istilah enjoy,funky,young,attractive...dan sebagainya.Limpahan pelbagai hiburan melalui tv,konsert,media massa,internet dan sebagainya mudah diperolehi dan diakses oleh kita.Dunia tanpa sempadan membolehkan anasir-anasir hedonisme meresap dan berasimilasi dengan mudah dalam jiwa...Kekadang selalu terfikir apakah aku akan jadi mangsa hedonisme,pemuja keseronokan tanpa sempadan...Nauzubillah...semoga aku tidak mudah tergelincir dari keterlaluan memuja keduniaan.
Untuk mengadaptasikan dan menangani hedonisme yg keterlaluan,waima kerosakan kita perlu mengetahui falsafah yg menunjangi hedonisme itu sendiri.Sumber ini saya petik dari USRAH WAVE yg mengariskan 5 prinsip hedonisme:-
1.Prinsip Vetalisme menekankan apa-apa yang berbentuk kuat dan menguntungkan dari segi kebenaran akan dianggap baik.
2.Prinsip Kreativiti meletakkan sesuatu yang boleh mencetuskan daya kreativiti dan menghasilkan ciptaan baru akan dianggap sabagai baik dan bermutu.
3.Prinsip Relative pula menekankan tidak ada sesuatu konsep dan pemahaman terhadap sesuatu fakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Sebaliknya semuanya boleh berubah mengikut perubahan zaman dan perkembagan ilmu pengetahuan.
4.Prinsip Hedonisme pula menggariskan apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik , manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa penderitaan nafsu akan dianggap buruk
5.Prinsip terakhir pula menganggap majoriti masyarakat sebagai pemutus. Aliran ini menganggap pilihan majoriti adalah baik.
Kita terutamanya masyarakat yg mengangkat Melayu dan Islam,seharusnya menjadi masyarakat contoh.Berhibur tidak pernah salah tapi jangan salah memilih hiburan yg akan memusnah dan melalaikan.Mengagumi orang tidak salah begitu juga memuji tapi jangan sampai terlupa pujaan hanya layak kepada Pencipta-nya sahaja.Kita amat lemah kini kerana memantang enteng perkara-perkara ini.Sejak zaman Rasulullah SAW lagi kita diingatkan akan perkara-perkara yg mendekatkan kita pada akhir zaman.Rasulullah tidak pernah berdusta...maka benarlah kata-kata Rasulullah melalui wahyu yg disampaikan ALLAH berperantarakan Jibrail...Sekurang-kurangnya kita telah mencuba yg terbaik...semoga hasilnya diberkati ALLAH.Gunakan saluran hedonisme secara yg lebih positif dan tidak bercanggahan dengan fitrah kejadian kita makhluk dan HAMBA ALLAH
p/s:Cuma kita fikir di manakah kita agaknya??Aku insan yg sering berbolak-balik hatinya..:-(
Keperluan Pengurusan Kewangan
5 years ago
0 comments:
Post a Comment