Assalamualaikum wbh,
Alhamdulillah dapat bertemu lagi untuk melakarkan hasilan pena di dada elektronik journal nie.Nak cakap pasal pe yer??Emm Impian dan Matlamat...Sedarkah kita impian dan matlamat kita (Our dreams and goals) bermula dari satu mimpi dan kemudiannya menjadi pengharapan??Bila disertakan keyakinan dan doa yang berterusan ia akan membuahkan usaha,cita-cita dan matlamat.Jika digerakkan seluruh tenaga dan fokus ia akan menjadi kejayaan...wahh..begitu hebatnya kuasa mimpi yang Allah berikan kepada umat manusia melalui kekuatan azam,usaha dan doa??
Ramai dari kita yang bermimpi dan mengimpikan sesuatu tapi berapa ramai yang menjadikan mimpinya suatu realiti??Emm...mimpi yang indah yer bukan mimpi mengarut dan menakutkan...contohnya berkahwin dengan seorang peniaga berjaya..:P atau menjadi taikun yg terkaya seluruh asia tenggara dan lain-lain.
Banyak yang telah saya baca tentang menjadikan impian dan mimpi satu realiti.Bukan mudah tapi ia perlu dimotivasikan dan disemarakkan oleh keinginan yang bernyala??Bagaimana yer??Antara inti pati yang selalu saya baca:
1.Visualisasikan apa yang selalu anda bayangkan,mimpikan atau impikan...maksudnya selalu membayangkan kalau dapat setiap hari bayangkan dan fokuskan perkara yang sama.
2.Jelaskan dan gambarkan satu-satu prosesnya dan apa yang anda mahukan.Matlamat kene jelas dan spesifik.Contoh saya akan jadi jutawan kain yang terkenal di malaysia pada 1hb januari 2015 mulai jam 12 tgh hari dan mempunyai aset sebanyak 2 billion.Gunakan persoalan apa,bila,di mana,bagaimana dan lain-lain untuk matlamat ini.Elakkan dari berimpian sebegini,saya nak jadi jutawan;saya nak berniaga tekstil...minda akan hanya boleh berilusi tetapi tak dapat lain-lain informasi yang jelas...JADI pastikan matlamat anda benar-benar spesifik dan jelas!!Tulis atau lukis dengan jelas bagaimana anda ingin mencapai matlamat dan impian anda.
3.Ulangi sekurang-kurangnya 3 kali sehari,sebelum tidur,selepas bangun tidur dan masa hendak memulakan kerja.Letakkan di tempat yang mudah anda tengok dan baca.
4.Banyakkan berdoa dan berusaha untuknya.Yakinlah dengan janji Allah,"tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri merubahnya."
Ok nanti saya akan update lagi ingat Impian dan matlamat kene spesifik dan jelas,digambarkan dan diulang-ulang sekurang-kurangnya 3 kali sehari.Doa dan usaha disertakan keyakinan terhadap Sang Pencipta dan Pemberi Kejayaan yang Mutlak...
P/s:
Selamat Berjaya
0 comments:
Post a Comment