Assalamualaikum wbh,

Telah lama tak sempat menulis dalam e-diari ku ini.Kesibukan dan kealpaan yang mengganggu gugah kelapangan menulis.


Oh ye ketika ini saya sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan saya.Sepanjang tempoh tersebut kami melalui pelbagai proses biokrasi dan melalui proses dan protokol membabitkan kerajaan,jabatan-jabatan dan sebagainya.Terasa agak sukarnya melayani tuntutan-tuntutan dan proses-proses mendapatkan kebenaran nikah dan sesekali lintasan jahat muncul di fikiran.Patut la ramai orang kini memilih untuk melakukan dosa atau berkahwin di sempadan dan sebagainya kerana malas nak melalui perkara-perkara sedemikian.Tetapi sebenarnya kesusahan-kesusahan ini adalah cabaran untuk bakal-bakal pengantin.Cuma sedikit halangan untuk menguji keikhlasan dan kesungguhan bakal pengantin samada sanggup mendaki gunung yg tinggi atau meredah onak duri dan lautan api...:P.Kehendak perundangan dan proses-prosesnya memastikan samada hak-hak bakal pengantin adalah dipatuhi.

Agak rumit tapi alhamdulillah segalanya seperti dirancang.Kepada bakal pengantin silalah fahami dan bertanya.Buat persediaan lebih awal dan jangan terburu-buru dalam membuat keputusan.

Jabatan-jabatan agama-mungkin boleh difikirkan langkah-langkah yg lebih ringkas dan mudah bagi membolehkan proses perkahwinan berjalan lancar dan menyelamatkan lebih ramai pasangan-pasangan dari berbuat maksiat :-P
Masih Ada Waktu

Album : Munsyid
Nyanyian: Rast

Sahabat..
Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta dari Ilahi
Seharum cinta yang murni

Moga ukhwah yang diciptakan ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahgia di negeri abadi

p/s secebis bait-bait lagu nasyid yg pernah aku suka satu waktu dulu dan kini aku cuba mengingati kembali.emmm banyak sungguh coreng-coreng mazmumah aku kini.Insyaallah semoga ada waktu juga untuk aku nanti ..:-(
Salam,
Makin lama makin kurang aku mempunyai kesempatan untuk menulis,tapi kiriman email dari seorang teman sejauh mana kita mengingati dan mengenali biodata Rasulullah SAW.Selawat dan salam buat Rasul junjungan Muhammad Habiballah...serta para sahabat dan kaum keluarga Baginda.Kita hari ini berbangga dengan menghafaz biodata artis-artis popular dan ikon-ikon Barat yang langsung tidak memberikan manfaat pada kita.Mengapa Biodata Rasulullah SAW insan terpilih yang diberikan kelebihan memberi syafaat pada kita di akhirat kelak langsung dilupakan.Di sini antara lain aku paparkan serba ringkas tentang Rasulullah SAW.Sekadar cuma mengingat mengikut keupayaan kita tak susah pun..:-)

Kita skrg lbh kenal artis drp rasulullah, lbh menyambut hari valentine drp menyanjung Rasulullah. Pelik! Pelik!

Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH S.A.W.·
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah. Abrahah yang menyerang kota Kaabah).·
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).·
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN·
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN·
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN·
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN.
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN·
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah..· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN·
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ket empat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN·
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN·
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN·
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra
'ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah -
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah -
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)8
. Abdul Ka ' bah
9.. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah1
7. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)
****** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga."
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وس
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W.
SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersuamuka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..- Aku melihat cahaya dari lidahnya.- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
-Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya,
-kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Assalamualaikum wbh,
Alhamdulillah dapat bertemu lagi untuk melakarkan hasilan pena di dada elektronik journal nie.Nak cakap pasal pe yer??Emm Impian dan Matlamat...Sedarkah kita impian dan matlamat kita (Our dreams and goals) bermula dari satu mimpi dan kemudiannya menjadi pengharapan??Bila disertakan keyakinan dan doa yang berterusan ia akan membuahkan usaha,cita-cita dan matlamat.Jika digerakkan seluruh tenaga dan fokus ia akan menjadi kejayaan...wahh..begitu hebatnya kuasa mimpi yang Allah berikan kepada umat manusia melalui kekuatan azam,usaha dan doa??
Ramai dari kita yang bermimpi dan mengimpikan sesuatu tapi berapa ramai yang menjadikan mimpinya suatu realiti??Emm...mimpi yang indah yer bukan mimpi mengarut dan menakutkan...contohnya berkahwin dengan seorang peniaga berjaya..:P atau menjadi taikun yg terkaya seluruh asia tenggara dan lain-lain.
Banyak yang telah saya baca tentang menjadikan impian dan mimpi satu realiti.Bukan mudah tapi ia perlu dimotivasikan dan disemarakkan oleh keinginan yang bernyala??Bagaimana yer??Antara inti pati yang selalu saya baca:
1.Visualisasikan apa yang selalu anda bayangkan,mimpikan atau impikan...maksudnya selalu membayangkan kalau dapat setiap hari bayangkan dan fokuskan perkara yang sama.
2.Jelaskan dan gambarkan satu-satu prosesnya dan apa yang anda mahukan.Matlamat kene jelas dan spesifik.Contoh saya akan jadi jutawan kain yang terkenal di malaysia pada 1hb januari 2015 mulai jam 12 tgh hari dan mempunyai aset sebanyak 2 billion.Gunakan persoalan apa,bila,di mana,bagaimana dan lain-lain untuk matlamat ini.Elakkan dari berimpian sebegini,saya nak jadi jutawan;saya nak berniaga tekstil...minda akan hanya boleh berilusi tetapi tak dapat lain-lain informasi yang jelas...JADI pastikan matlamat anda benar-benar spesifik dan jelas!!Tulis atau lukis dengan jelas bagaimana anda ingin mencapai matlamat dan impian anda.
3.Ulangi sekurang-kurangnya 3 kali sehari,sebelum tidur,selepas bangun tidur dan masa hendak memulakan kerja.Letakkan di tempat yang mudah anda tengok dan baca.
4.Banyakkan berdoa dan berusaha untuknya.Yakinlah dengan janji Allah,"tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri merubahnya."
Ok nanti saya akan update lagi ingat Impian dan matlamat kene spesifik dan jelas,digambarkan dan diulang-ulang sekurang-kurangnya 3 kali sehari.Doa dan usaha disertakan keyakinan terhadap Sang Pencipta dan Pemberi Kejayaan yang Mutlak...
P/s:
Selamat Berjaya
Salam,

Lamanye tak menulis di sini.Kengkangan waktu,bukan alasan utama tapi tiada idea yg ingin dituliskan mungkin juga emm...klu boleh aku mahu coretkan sesuatu yg memberi impak terhadap yg membaca...boleh menjadi panduan dan bahan utk difikirkan.Untuk apa menulis klu isinya kosongkan.

Aku mengambil ikhtibar dari persekitaran hari ini,membaca tentang hedonisme.Pernah dengar tak??Zaman aku sekolah dulu jarang-jarang dengar tapi makin lama makin banyak benda yg dipelajari dan difahami.Hedonisme antara lain dimaksudkan bahawa menjadikan keseronokan sebagai tunjang utama kehidupan. Keseronokan ini diputuskan sendiri oleh akal manusia samada konsep kesenangan dan harta dunia serta hiburan/artis-artis selebriti ikon yg keterlaluan. Hal ini sedikit sebanyak bertepatan dengan matlamat sekularisme yang mahu memastikan manusia bebas dari unsur ketuhanan. Selain itu, keseronokan yang diputuskan oleh individu boleh menyebabkan penentangan antara satu-sama lain. Sebagai contoh seorang individu menganggap membunuh adalah perkara yang menyeronokkan manakala seorang individu lain menganggap ia sesuatu perkara yang menakutkan. Jadi, secara jelas konsep pemikiran hedonisme tidak relevan digunakan dalam hal ini kerana boleh mewujudkan pertentangan pemikiran.

Kita hari ini tidak dapat lari dari unsur materialistik.Kita sentiasa sibuk ke sana-sini mengumpul harta kekayaan dan saya sendiri pun sudah pasti tidak dpt melarikan diri mencari dan mengumpul material serta kekayaan utk diri sendiri dan keluarga.Tidak dapat tidak sukar dan lama terperangkap dengan ideologi ini.

Remaja hari ni pun tidak boleh lari dari sogokan hiburan yg pelbagai sudut.Sehingga memuja ikon-ikon dengan istilah enjoy,funky,young,attractive...dan sebagainya.Limpahan pelbagai hiburan melalui tv,konsert,media massa,internet dan sebagainya mudah diperolehi dan diakses oleh kita.Dunia tanpa sempadan membolehkan anasir-anasir hedonisme meresap dan berasimilasi dengan mudah dalam jiwa...Kekadang selalu terfikir apakah aku akan jadi mangsa hedonisme,pemuja keseronokan tanpa sempadan...Nauzubillah...semoga aku tidak mudah tergelincir dari keterlaluan memuja keduniaan.

Untuk mengadaptasikan dan menangani hedonisme yg keterlaluan,waima kerosakan kita perlu mengetahui falsafah yg menunjangi hedonisme itu sendiri.Sumber ini saya petik dari USRAH WAVE yg mengariskan 5 prinsip hedonisme:-

1.Prinsip Vetalisme menekankan apa-apa yang berbentuk kuat dan menguntungkan dari segi kebenaran akan dianggap baik.

2.Prinsip Kreativiti meletakkan sesuatu yang boleh mencetuskan daya kreativiti dan menghasilkan ciptaan baru akan dianggap sabagai baik dan bermutu.

3.Prinsip Relative pula menekankan tidak ada sesuatu konsep dan pemahaman terhadap sesuatu fakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Sebaliknya semuanya boleh berubah mengikut perubahan zaman dan perkembagan ilmu pengetahuan.

4.Prinsip Hedonisme pula menggariskan apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik , manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa penderitaan nafsu akan dianggap buruk

5.Prinsip terakhir pula menganggap majoriti masyarakat sebagai pemutus. Aliran ini menganggap pilihan majoriti adalah baik.

Kita terutamanya masyarakat yg mengangkat Melayu dan Islam,seharusnya menjadi masyarakat contoh.Berhibur tidak pernah salah tapi jangan salah memilih hiburan yg akan memusnah dan melalaikan.Mengagumi orang tidak salah begitu juga memuji tapi jangan sampai terlupa pujaan hanya layak kepada Pencipta-nya sahaja.Kita amat lemah kini kerana memantang enteng perkara-perkara ini.Sejak zaman Rasulullah SAW lagi kita diingatkan akan perkara-perkara yg mendekatkan kita pada akhir zaman.Rasulullah tidak pernah berdusta...maka benarlah kata-kata Rasulullah melalui wahyu yg disampaikan ALLAH berperantarakan Jibrail...Sekurang-kurangnya kita telah mencuba yg terbaik...semoga hasilnya diberkati ALLAH.Gunakan saluran hedonisme secara yg lebih positif dan tidak bercanggahan dengan fitrah kejadian kita makhluk dan HAMBA ALLAH

p/s:Cuma kita fikir di manakah kita agaknya??Aku insan yg sering berbolak-balik hatinya..:-(
Assalamualaikum wbh.
Emm...aku seorang yang degil di samping suka bercita-cita.Bukan senang untuk mencapai impian tapi juga bukan sukar untuk dicapai.THINK AND GROW RICH...buku karya Napoleon Hill.Keinginan dan cita-cita perlu digambarkan dengan jelas,divisualisasikan setiap hari dan ditulis.Target atau sasaran yg diletakkan perlu jelas,kekuatan spritual dan minda penting oleh itu agama adalah saluran yg terbaik.Salahkah untuk jadi kaya??Tentunya tidak sekiranya kita yg menguruskan kekayaan tetapi adalah salah apabila kekayaan memonopoli kita,menyebabkan kita tidak betah menguruskannya lagi.Maka kita adalah hamba KEKAYAAN yg kencundang.Lantaran 2009 dan 2010 merupakan platform yg terbaik untuk aku mencari dan mengumpulkan kekayaan.Dengan kekayaan aku boleh membantu diri,keluarga,bangsa dan agamaku untuk terus meraih kekuatan dan ehsan ALLAH SWT.Semoga aku dikuatkan dan dicekalkan hati untuk terus berbakti,INSYA'ALLAH.Buat masa ini aku masih meneruskan kerjaya tetapku sebagai seorang eksekutif di syarikat peruncitan dan pada yg sama aku berniaga secara kecil-kecilan.Insyaallah 9/10 dari rezeki datangnya dari bidang perniagaan dan perniagaan adalah suatu ibadah dan sunnah.Best of wishes and lucks eida..;-)
p/s:Kengkawan sume please pray for me yeaa...!!:-)
Salam,

emm...lama gak rasanya x sempat update blog diari ku ini...mungkin ketandusan bahan dan aku lebih menumpukan kepada facebook ku...Insyaallah mulai saat nie aku akan menulis sekurang-kurangnya satu entry sehari...sekadar berkongsi rasa dan aktiviti.Serta berkongsi ilmu yg ku terbaca atau pelajari.

Nama yg baik dan sedap dipanggil adalah penting.De org kata nama itu akan mempengaruhi sikap dan peribadi seseorg...betul kah??De gak nama yg ku jumpa seperti aminah,amin tapi sifat terpuji tak de pun...de gak aku jumpa amin yg cukup baik mcm rakan sekerjaku...tp byk benda yg boleh mempengaruhi perwatakan individu bukan sekadar nama.Tapi nama tu penting sebab nama itulah yg dipanggil semasa di akhirat kelak.Bayangkan nama yg bermaksud keburukan seperti hawiah etc...bukankah naya anak tu nanti.Pesanan kepada ibu bapa berikanlah nama yg baik dan indah-indah,Insyaallah apabila selalu dipanggil dengan nama dan gelaran yg baik-baik itu menjadi satu doa atau sebati dengan jiwa anak-anak.

Aku tertarik dengan nama Syifa',ain nur,safiyyah,sufiyyah dan wardina...utk perempuan,utk lelaki suka betul ngan nama lutfi,shafie,zulkarnain...hikmat hakimi,lukmanul hakim..hehehhe rasa mcm nak anak ramai-ramai lak jadi boleh pakai semua nama nie.